Friday, December 30, 2011

Suka Duka 2011

Salam All,

Dah lama sangat tak update blog, sehinggakan password blog ini pun boleh terlupa. Dua tahun merupakan satu tempoh yang terlalu lama untuk sesebuah blog. Nasib baik tuan punya blogspot ni still tak close my account.

2007-2011
Banyak suka duka yang terjadi dalam masa empat tahun ini. 2007- aku memulakan langkahan untuk pengajian D UiTM. 2011 - Aku grade dalam result yang boleh tahan, walau tak cemerlang. Kerja sambil belajar memang banyak likunya, ditambah lagi dalam keadaan aku yang berkeluarga. 2008 - Kehadiran Iman dan Dina dunia, dan InsyaAllah anak aku yang ketiga bakal menyusul next year, InsyaAllah.

Alhamdulillah, aku sekarang telah pun naik pangkat dari Non Exec ke Executive, setelah melalui temuduga sebanyak enam kali. Kali ke 6 barulah sangkut di unit CSM di menara TM Annexe. Syukur kerana aku tidak perlu tunggu masa yang lama untuk dapat post tersebut.

Nasihat aku kepada kawan2 yang bekerja dan ingin menyambung pengajian, kena kuatkan semangat, istiqamah, dan cari kawan2 yang boleh bersama2 buat asignment, sharing idea, and project. Liku2 nya memang mencabar, duit pun banyak yang habis, tapi apa yang penting... kepuasan yang rasai bila kita mengengam segulung ijazah itu..... x dapat di bayangkan... kena rasa sendiri.

Masa bersama keluarga banyak dihabiskan bersama lecturer dan asignment. Tapi itulah cabaran untuk berjaya.... cuma, ketabahan dan kesabaran yang amat2 ditagih..

Jika ada rezeki, aku akan menyambungkan pengajian aku di peringkat Master di UiTM. InsyaAllah dalam jurusan MBA.....

Jumpa lagi di next post....