Tuesday, June 30, 2009

Gadis cekik peragut

ALOR STAR: Seorang gadis yang geram kerana beg sandangnya diragut bertindak nekad mengejar penjenayah itu dan merempuhnya dengan motosikal sebelum mencekik serta menahannya di Jalan Putra berhampiran Plaza Sentosa, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, Huda Nasuha Hassan, 22, menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumahnya di Taman Rakyat, Mergong, dari tempat kerja di sebuah pusat beli-belah juga di bandar raya ini.Menceritakan kejadian, Huda Nasuha berkata, ketika tiba di tempat kejadian, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 memintas dan merentap begnya yang diletakkan di dalam raga motosikal sebelum memecut meninggalkannya.“Walaupun tergamam dengan kejadian itu, saya nekad mengejar peragut dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikalnya apabila dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum Huda Nasuha yang berbaju kurung bertindak nekad melompat ke atas suspek serta mencekiknya sebelum meminta bantuan orang ramai.

Suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan berikutan kakinya cedera kerana dihempap motosikal. Dia ditahan dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.Malah, suspek juga merayu supaya dilepaskan jika dia mengembalikan beg berkenaan, tetapi Huda Nasuha nekad menyerahkannya kepada polis.Huda Nasuha berkata, dia menjadi berani kerana geram dengan tindakan peragut itu yang mencuri begnya mengandungi tiga telefon bimbit serta RM20 itu sewenang-wenangnya.“Jika difikirkan balik, saya pun seperti tidak percaya boleh bertindak sedemikian, tetapi kerana terlalu geram dan marah saya menjadi berani,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

komen : Buat jahat, on the spot kena....

Wednesday, June 24, 2009

Pensyarah minta habuan seks, wang ditahan SPRM

Oleh Norfatimah Ahmadtim@bharian.com.my

CYBERJAYA: Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan pelajarnya. Pensyarah lelaki berusia awal 50-an itu ditahan, kira-kira jam 5 petang semalam, selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan universiti berkenaan. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi Berita Harian malam tadi, mengesahkan penahanan pensyarah terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

"Perkara berkenaan masih dalam siasatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat selepas kes itu selesai disiasat," katanya. Sumber memberitahu Berita Harian, selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya. Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.

komen : Harapkan Pagar, pagar makan padi. Kalau ramai pensyarah macam ni, boleh tutup universiti.

‘Pulangkan wang saya’


‘Pulangkan wang saya’


KUALA LUMPUR: Seorang wanita buntu apabila masih gagal mendapatkan kembali wang RM13,736 yang digunakan untuk membeli kiosk kad prabayar sejak setahun lalu.Dia mendakwa sudah membuat aduan dan berurusan dengan semua agensi terbabit, tetapi kesnya masih gagal diselesaikan hingga kini.Olivia Wong, 39, berkata semuanya bermula apabila syarikat pembekal terbabit gagal mendapatkan pinjaman peribadi untuknya bagi membayar harga mesin bernilai RM48,786.“Saya menerima satu panggilan telefon daripada sebuah syarikat pembekal mesin kad tambah nilai prabayar automatik yang beroperasi di Bangsar, Ogos tahun lalu.


“Mereka menjemput saya ke pejabat untuk mendengar penjelasan mengenai pelaburan mesin kad prabayar yang didakwa akan dipasang di lokasi strategik dengan keuntungan bulanan melebihi RM1,500,” katanya ketika ditemui di pejabat Yayasan Khidmat Masyarakat Malaysia di Pandan Indah semalam.


Tertarik dengan komisen ditawarkan, dia membayar RM13,736 menggunakan kad kredit sebagai wang pendahuluan bagi mesin bernilai RM48,786.“Perunding syarikat berjanji mendapatkan pinjaman peribadi bagi membayar harga mesin itu, namun selepas empat bulan menunggu, saya tidak mendengar sebarang berita mengenainya.“Selepas berkali-kali naik turun pejabat pembekal, tiada perkembangan positif mengenai wang saya walaupun mereka berjanji memulangkannya,” katanya yang mendapati perunding jualan terbabit turut berhenti bekerja dari syarikat itu.Menurut Wong, dia membuat aduan di pelbagai agensi termasuk polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) serta Biro Pengantaraan Kewangan kerana berasa ditipu serta ingin menuntut haknya kembali.“Saya semakin buntu kerana tidak tahu ke mana hendak dirujuk bagi menyelesaikan kes itu.“Saya juga terpaksa menanggung hutang bank bagi menyelesaikan tunggakan kad kredit yang digunakan sewaktu membayar wang pendahuluan itu,” katanya.Sementara itu, pengerusi yayasan terbabit, Datuk Seri Dr Shaharuddin Awang Yahya berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima 10 aduan mengenai kes sama membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.


Dipetik Dari Harian Metro


Untuk Renungan : Saya pernah di hubungi oleh ejen terbabit, tetapi saya menolak untuk menyertainya kerana Legal atau terma2nya tidak menyakinkan saya. Jadi hati2 lah.

My Little Princess...












Salam,






Ramai kawan2 yang ingin tengok anak baru saya. Dah tak baru dah... Sekarang Dina dah berusia 8 bulan lebih..... Masa tak mengizinkan utk saya upload gambar2 baru. So dikesempatan ini saya cuba untuk tidak menghampakan kenkawan... Soorry for late respons.

So... inilah dia gambar terbaru My Little Princess. Sekarang dah merangkak dan duduk.... Kuat menyusu... terutamanya waktu malam... Kadang2 sampai 3 kali minum susu... Biasalah tengah nak membesar... ekeke.

Bulan posa ni cukup la setahun... So harap2 posa nie dina dah pandai berjalan.... Macam Iman, senang skit nak bawak kemana2.

Tuesday, June 23, 2009

Rezeki Mesti Dicari, Bukan Menunggu!!!

Salam Untuk Semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dan mendedahkan satu RAHSIA bagaimana ANDA boleh membuat DUIT hanya dari telefon bimbit mengikut keselesaan anda. Semuanya di hujung jari anda. Caranya sungguh mudah kerana anda hanya perlu tahu bagaimana untuk menghantar SMS kepada rakan, keluarga atau sesiapa sahaja tanpa batasan masa, tempat dan sesiapa sahaja. Tidak kira anda adalah seorang pekerja, surirumah, penganggur, pelajar atau sesiapa sahaja. Anda hanya perlu buat secara part-time. MUDAH BUKAN ???

Saya juga telah melaksanakan bisness ini, Alhamdulillah, ianya adalah halal, memenuhi tuntutan syarak serta mendatangkan hasil yang lumayan jika kita berusaha sedikit.

Tak rugi mencuba.... Ingat ... Dare To Fail..... Gagal sekali ... Akan menjadikan kita lebih komited dan berkomitmen dalam usaha kali kedua... Jadi... Berusaha dan Cubalah.. InsyaAllah

Klik link berikut : http://prepaid4u.net/?id=baharu4

Ingatlah, Bukan Mudah Untuk Berjaya... Dan Tidak Sukar Untuk Gagal....