Monday, July 14, 2008

Apakah Itu Cinta


Assalamualaikum.....


Ruang Cyber banyak mengajar kita erti kehidupan, kongsi pandangan dan mencari ilmu. Ruang cyber juga menjadi pintu keruntuhan sebuah harga diri, jika kita gagal mengambil kebaikan ... hanya mengaut kebobrokan yang akhirnya mengundang kepada kerosakan moral.


Putaran masa begitu pantas, dunia tanpa sempadan... atas dasar itu saya cuba coretkan blog ini agar kita sesama insan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.


Tajuk cinta diatas mungkin mengundang pelbagai persepsi. Cinta itu sendiri mempunyai banyak makna dan perngertian. Cinta juga boleh dikatakan mempunyai jiwa.


Pada saya cintakan Allah adalah cinta yang agung. Tiada yang pengertian yang paling besar melainkan cinta agung kepada Allah. Tapi, mengapa dewasa ini cinta kepada Allah makin pudar dari jiwa-jiwa manusia. Terlalu banyak maksiat, fitnah, kejahatan dan kemungkaran yang berlaku terutamanya di bumi tercinta Malaysia.


Saya bertanya pada hati, kenapa semua ini berlaku, Semakin terhakis kebaikan... dan kemungkaran semakin menjadi-jadi. Adakah kita sudah tidak ada cinta pada Allah? Allah dan Islam sering sahaja dijadikan mainan. Tidakkah kita takut kepada kemurkaanNya?


Kita lebih cintakan harta dan pangkat dari cintakan Allah... Saya mohon Taufiq dan hidayah Allah agar hati saya dan umat Islam di Malaysia takut kepada azabnya... Ya Allah.. Kau berilah ketakutan dalam hati-hati umat islam dari membuat maksiat dan mungkar kepadaMu. Semoga Kau kabulkan semua doa umat Islam yang teraniaya dan tertindas oleh kezaliman orang-orang yang zalim terhadap agamaMu.


Saya dengan rendah hati memohon kepada Allah s.w.t agar kembalikanlah cinta umat Islam terhadapMu Ya Tuhanku, Semoga dengan sifat PenyayangMu... Ampunkan lah dosa2 lampauKu dan seluruh Umat Muhammad. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: