Tuesday, June 30, 2009

Gadis cekik peragut

ALOR STAR: Seorang gadis yang geram kerana beg sandangnya diragut bertindak nekad mengejar penjenayah itu dan merempuhnya dengan motosikal sebelum mencekik serta menahannya di Jalan Putra berhampiran Plaza Sentosa, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, Huda Nasuha Hassan, 22, menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumahnya di Taman Rakyat, Mergong, dari tempat kerja di sebuah pusat beli-belah juga di bandar raya ini.Menceritakan kejadian, Huda Nasuha berkata, ketika tiba di tempat kejadian, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 memintas dan merentap begnya yang diletakkan di dalam raga motosikal sebelum memecut meninggalkannya.“Walaupun tergamam dengan kejadian itu, saya nekad mengejar peragut dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikalnya apabila dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum Huda Nasuha yang berbaju kurung bertindak nekad melompat ke atas suspek serta mencekiknya sebelum meminta bantuan orang ramai.

Suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan berikutan kakinya cedera kerana dihempap motosikal. Dia ditahan dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.Malah, suspek juga merayu supaya dilepaskan jika dia mengembalikan beg berkenaan, tetapi Huda Nasuha nekad menyerahkannya kepada polis.Huda Nasuha berkata, dia menjadi berani kerana geram dengan tindakan peragut itu yang mencuri begnya mengandungi tiga telefon bimbit serta RM20 itu sewenang-wenangnya.“Jika difikirkan balik, saya pun seperti tidak percaya boleh bertindak sedemikian, tetapi kerana terlalu geram dan marah saya menjadi berani,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

komen : Buat jahat, on the spot kena....

No comments: