Wednesday, June 24, 2009

‘Pulangkan wang saya’


‘Pulangkan wang saya’


KUALA LUMPUR: Seorang wanita buntu apabila masih gagal mendapatkan kembali wang RM13,736 yang digunakan untuk membeli kiosk kad prabayar sejak setahun lalu.Dia mendakwa sudah membuat aduan dan berurusan dengan semua agensi terbabit, tetapi kesnya masih gagal diselesaikan hingga kini.Olivia Wong, 39, berkata semuanya bermula apabila syarikat pembekal terbabit gagal mendapatkan pinjaman peribadi untuknya bagi membayar harga mesin bernilai RM48,786.“Saya menerima satu panggilan telefon daripada sebuah syarikat pembekal mesin kad tambah nilai prabayar automatik yang beroperasi di Bangsar, Ogos tahun lalu.


“Mereka menjemput saya ke pejabat untuk mendengar penjelasan mengenai pelaburan mesin kad prabayar yang didakwa akan dipasang di lokasi strategik dengan keuntungan bulanan melebihi RM1,500,” katanya ketika ditemui di pejabat Yayasan Khidmat Masyarakat Malaysia di Pandan Indah semalam.


Tertarik dengan komisen ditawarkan, dia membayar RM13,736 menggunakan kad kredit sebagai wang pendahuluan bagi mesin bernilai RM48,786.“Perunding syarikat berjanji mendapatkan pinjaman peribadi bagi membayar harga mesin itu, namun selepas empat bulan menunggu, saya tidak mendengar sebarang berita mengenainya.“Selepas berkali-kali naik turun pejabat pembekal, tiada perkembangan positif mengenai wang saya walaupun mereka berjanji memulangkannya,” katanya yang mendapati perunding jualan terbabit turut berhenti bekerja dari syarikat itu.Menurut Wong, dia membuat aduan di pelbagai agensi termasuk polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) serta Biro Pengantaraan Kewangan kerana berasa ditipu serta ingin menuntut haknya kembali.“Saya semakin buntu kerana tidak tahu ke mana hendak dirujuk bagi menyelesaikan kes itu.“Saya juga terpaksa menanggung hutang bank bagi menyelesaikan tunggakan kad kredit yang digunakan sewaktu membayar wang pendahuluan itu,” katanya.Sementara itu, pengerusi yayasan terbabit, Datuk Seri Dr Shaharuddin Awang Yahya berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima 10 aduan mengenai kes sama membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.


Dipetik Dari Harian Metro


Untuk Renungan : Saya pernah di hubungi oleh ejen terbabit, tetapi saya menolak untuk menyertainya kerana Legal atau terma2nya tidak menyakinkan saya. Jadi hati2 lah.

No comments: